SELAMAT DATANG KE ONLINE PUBLIC ACCESS CATALOG (OPAC) PERPUSTAKAAN SPRM


Seiring dengan perkembangan masa kini yang menuju ke era digital, Perpustakaan SPRM turut mengambil inisiatif untuk membangunkan Sistem Perpustakaan SPRM menggunakan perisian KOHA. Melalui sistem ini Pustakawan SPRM dan MACA boleh melaksanakan kerja-kerja perolehan, pengkatalogan, pengkelasan dan pelaporan.

Selain itu, Warga SPRM juga boleh membuat carian bahan secara atas talian melalui OPAC dan menyemak transaksi pinjaman dan pemulangan bahan perpustakaan dengan lebih mudah dan cepat. Perpustakaan SPRM turut menyediakan perkhidmatan seperti rujukan, pinjaman, pencarian maklumat dan khidmat pelanggan.

Perpustakaan SPRM mempunyai koleksi yang meliputi pelbagai kategori, seperti buku, jurnal, majalah, majalah berjilid, kertas kerja, laporan, kajian, keratan akhbar dan foto. Sehingga kini Perpustakaan SPRM mempunyai koleksi berjumlah melebihi lima ribu judul bahan mengenai rasuah, integriti, akauntabiliti dan pengurusan sama ada tempatan atau luar negara.


Log in to your account:

Hakcipta Terpelihara © 2019 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Portal Rasmi: https://www.sprm.gov.my